Ahad, 2009 April 19

Islam adalah sebagai cara hidup 1


Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat; akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan; kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman; material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan; jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sepertimana ia adalah akidah yang sebenar dan ibadat yang sahih tanpa ada bezanya. (ruj:Risalah Ta'alim, m/s:50)

Berdasarkan pernyataan di atas dapatlah kita fahami bahawa hanya Islam sahajalah yang mampu memimpin setiap manusia agar sempurna tanggungjawabnya sebagai seorang hamba kepada-Nya bagi mencari keredhaan serta kebahagian di dunia mahupun di akhirat kelak. Persoalannya bagi seorang remaja muslim, bagaimanakah definisi Islam yang syumul ini dapat difahami seterusnya untuk mempraktikkan segala ajarannya(Islam) dalam kehidupan seharian.

Wahai remaja. Ingatlah sentiasa bahawa kita hidup di dunia adalah untuk seberapa seketika sahaja. Segala nikmat dan kesenangan di dunia ini adalah sangat jauh perbezaannya jika dibandingkan dengan nikmat yang kekal abadi di akhirat kelak yakni di dalam syurga. Oleh sebab itulah, dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin dan menjadi syurga bagi orang ingkar. Kehidupan seharian kita hendaklah sentiasa diisikan dengan pelbagai perkara yang mampu memberi kesan yang positif kepada diri sendiri dan seterusnya masyarakat sekeliling kita.

Pertamanya gunakan masa sebelum waktu subuh untuk berqiamulail walaupun ringkas. Antara amalan yang boleh kita amalkan:
  • solat sunat tahajjud (2 rakaat)
  • solat sunat hajat (2 rakaat)
  • Solat sunat Istikharah (2 rakaat)
  • berzikir